GEORGE TOWN: Bekalan air di Pulau Pinang tidak terjejas setakat ini walaupun paras air Sungai Muda, Kedah yang melibatkan pengoperasian Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Petani dan Pinang Tunggal menunjukkan trend penurunan.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata ia berikutan pam untuk mengekstrak air dipasang Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) agak dalam di hilir sungai yang membolehkan ia masih boleh mengepam untuk kegunaan pengguna di negeri itu.
"Apabila LRA itu terjejas, tidak bermakna loji kita atau extraction point kita terjejas sebab paras di mana pam itu dipasang adalah berbeza. Kita mendapati pam yang ekstrak air itu dipasang amat dalam ke sungai.
"Oleh itu, kalau paras air jatuh pun, ia masih mencukupi bagi kita (Pulau Pinang) untuk mengepam berbanding dengan kawasan-kawasan lain. Setakat ini, kita masih dapat mengesktrak air," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran dan Sambutan Edisi ke-100 iNPENANG di sini hari ini.
Bagaimanapun, Chow berkata kerajaan negeri terus memantau perkembangan paras Sungai Muda dan pihaknya sebelum ini pernah mengesyorkan kepada Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) agar mengubah paras pam air untuk dipasang lebih rendah atau dalam bagi mengelakkan masalah sedemikian.
Semalam, SADA memaklumkan paras Sungai Muda menunjukkan trend penurunan sekali gus berisiko terjadi gangguan bekalan air di daerah Kuala Muda dan penurunan tersebut disebabkan oleh faktor kemarau berterusan serta menyebabkan bekalan air mentah berkurangan.
Bagi menangani masalah itu, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) dan Pejabat Lembangan Sungai Muda (PLSM) telah menambah kuantiti pelepasan sumber air dari Empangan Beris dari 10 cumec kepada 15 cumec untuk menstabilkan semula paras air Sungai Muda.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Chow berkata, pam pengekstrak air dipasang PBAPP agak dalam di hilir sungai yang membolehkan ia masih boleh mengepam untuk kegunaan pengguna di negeri itu. - Gambar fail
Polis tahan pemandu mabuk langgar atlet kayak hingga parah
Polis sudah menahan pemandu lelaki mabuk yang menyebabkan atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias, 22, cedera parah dalam kemalangan di Johor.
Ringgit mengukuh hampir 4.70, jaminan Fed tingkat harapan berhubung kadar faedah
Aliran meningkat ringgit berterusan, kembali kepada paras 4.70 berikutan jaminan Rizab Persekutuan (Fed) mengenai kadar faedah.
Mbappe pasti ke Real Madrid
PRESIDEN La Liga, Javier Tebas berkata, penyerang Paris Saint-Germain Kylian Mbappe akan menyertai Real Madrid musim depan.
AWANI Ringkas: Hari Belia Negara 2024 membuka tirai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amrin dilantik Pengerusi baharu PPZ-MAIWP
PPZ-MAIWP memaklumkan bahawa Datuk Seri Amrin Awaluddin dilantik sebagai Pengerusi PPZ-MAIWP berkuatkuasa 23 April 2024.
MASA gesa KPM tangani masalah kemiskinan digital
Dasar Pendidikan Digital hanya dapat mencapai matlamat dengan infrastruktur yang betul dan menangani isu berkaitan kemiskinan digital.
Hamas keluarkan serangan video ke atas rejim zionis
Kumpulan pejuang Hamas mengeluarkan video pada Selasa, menunjukkan serangan dilakukan ke atas kereta kebal Israel berhampiran Rafah.
Bagaimanapun, menurut Reuters, lokasi dan tarikh situasi itu dirakam tidak dapat disahkan.
Bagaimanapun, menurut Reuters, lokasi dan tarikh situasi itu dirakam tidak dapat disahkan.
Faisal mungkin dibenarkan pulang dua minggu lagi
PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim berkemungkinan dibernarkan pulang dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi selepas keadaan kesihatannya bertambah baik.
Sifat 'emosi' wanita perlu dilihat sebagai satu kelebihan
Wanita seringkali dikaitkan dengan kecenderungan untuk mementingkan emosi ketika memimpin.
Namun menurut Yang Dipertua MPP Universiti Putra Malaysia Umairah Farisah Ahmad Yuzri, perkara tersebut sebaliknya boleh dilihat sebagai satu kelebihan dan bukan halangan utama untuk para wanita melibatkan diri dalam dunia kepimpinan.
Namun menurut Yang Dipertua MPP Universiti Putra Malaysia Umairah Farisah Ahmad Yuzri, perkara tersebut sebaliknya boleh dilihat sebagai satu kelebihan dan bukan halangan utama untuk para wanita melibatkan diri dalam dunia kepimpinan.
Google bakal kenal pasti panggilan scam ketika perbualan berlangsung
Google menjayakan perkara ini melalui integrasi Gemini Nano yang disertakan terus pada telefon Android.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
Lebih 80 peratus pengguna pulih daripada gangguan bekalan air - PBAPP
Lebih 80 peratus pengguna telah pulih daripada gangguan bekalan air susulan insiden kekeruhan air mentah Sungai Muda, pagi tadi.
Beberapa kawasan P.Pinang alami gangguan bekalan air
Chow Kon Yeow berkata kadar kekeruhan yang tinggi itu disebabkan kejadian banjir di Baling, Kedah dan insiden seumpama itu pernah berlaku sebelum ini.
Laporan akhir gangguan bekalan air Kedah, Pulau Pinang pertengahan Jun
Laporan akhir berhubung insiden gangguan bekalan air di sebahagian kawasan Kedah dan Pulau Pinang akan dimuktamadkan pertengahan bulan ini.
Air Sungai Muda tidak tercemar - JAS Kedah
Kualiti air Sungai Muda tidak terjejas dengan pencemaran meskipun berlaku kerosakan pada satu pintu kawalan Ampang Jajar Sungai Muda.
Baraj rosak: Sepatutnya tuding 'Putrajaya' bukan Kedah- Sanusi
Menurut Sanusi, tudingan terhadap kesalahan melibatkan pemantauan baraj berkenaan perlu dihalakan kepada kementerian yang terlibat.
Operasi pintu Ampang Jajar Sungai Muda pulih sepenuhnya
Operasi Ampang Jajar Sungai Muda di Pulau Pinang yang mengalami gangguan teknikal pada sistem automasi kawalan (SCADA) Sabtu lalu, pulih sepenuhnya, hari ini.
Paras air Sungai Muda mula meningkat pagi ini
PBAPP sedang berusaha mengepam air mentah pada tahap maksimum daripada Sungai Muda.
Pulau Pinang perlu projek alternatif atasi masalah bekalan air Sungai Muda - Ketua Menteri
Pulau Pinang tidak boleh terlalu bergantung pada bekalan air mentah Sungai Muda untuk dirawat di Loji Rawatan Air Sungai Dua.
Air Sungai Muda terlalu keruh, LRA Sungai Dua terpaksa dihenti tugas sementara - PBAPP
Loji tersebut terpaksa dihenti tugas selama kira-kira empat jam sejak lapan pagi tadi ekoran air mentah dari Sungai Muda terlalu keruh untuk dirawat dengan selamat.